Matematik ialah matapelajran yang melibatkan pengetahuan yang menguji manusia supaya berfikir secara logik terhadap setiap masalah yang diberikan untuk penyelesaian secara konkrit ataupun abstrak. Kita sering menggunakan matematik dalam kehidupan seharian.
Oleh itu, jika kita merupakan guru Matematik, maka seharusnya kita memainkan peranan penting untuk menyampaikan maklumat dan ilmu matematik serasi dengan kehidupan pelajar supaya mereka minat terhadap matapelajaran ini.
Sebaiknya semasa mengajar pelajar didedahkan dengan perkara konkrit atau maujud. Dengan ini pelajar akan lebih mudah memahami apabila menggunakan benda yang wujud di hadapan mata.
Ini gambar Pekan Kapit 2012 yang jauh membangun berbanding 1990 |
Kapit adalah suatu daerah pendalaman yang boleh sampai dengan bot atau kapal terbang sahaja. Oleh itu pendedahan perkara yang wujud masa kini agak sukar. Misalnya kereta api atau bas pun pelajar tidak pernah melihat.
Dengan keluasan 15,595.6 km persegi dengan penduduk hampir 100,000 orang yang majoritinya Iban (Dayak Laut) dan Cina. Sangat sedikit penduduk Melayu. Islam di situ tak sampai 1%.
Matematik aadalah satu matapelajaran cabaran terutama untuk pelajar Iban. Tapi alhamdulillah aku berjaya mengatasinya dan boleh masuk dalam adat serta budaya mereka....