Matematik UPSR 2016, Bab 1 Nombor dan Operasi
Tahun 6
Bila aku mengajar matematik paling aku suka bertanya pelajar ialah berapa bab yang ada dan mereka akan sebut setiap bab. Bagi aku bila pelajar boleh sebut topik setiap bab telah menunjukkan dia tahu apa yang nak dipelajari.
Macam kita nak hafaz al Quran juga, nak hafaz macam mana kalau juz dalam al Quran tak tahu berapa itu belum lagi surah dan menyebut surah mengikut susunan yang betul.
Malam ni entah macam mana, aku mula untuk mengambil tahu anak aku Mursyid sejauh mana Matematiknya. Pertama aku minta dia buat keluar semua buku maths dia... terkejut aku terlalu banyak tak macam aku dulu kalau ada satu tu kira dah ok.
Aku mula dengan bertanya bab-bab... kalau anak tak boleh jawab tangan aku mula nak 'mengganas'.
Aku rasa baik aku abadikan apa yang aku lakukan dalam blog ini.

Ujikaji Matematik Tingkatan 1 untuk Bab 1 - 8
Tingkatan 1 Ujikaji
Sekitar tahun 1998 aku ada buat tuisyen percuma di Masjid Sura. Sebelum itu aku ada buat Tuisyen percuma bagi subjek Matematik di Surau Ustaz Omar Shukri dan juga Balai Raya Pulau Serai. Aku tak minat buat pusat tusiyen, jika ada tusiyen free pasti aku akan sumbangkan masa dan tenaga.
Matematik tingkatan 1 - 3 ada 40 bab dan akan berazam untuk siapakan kertas ujikaji ini untuk 40 bab.
Matematik tingkatan 1 - 3 ada 40 bab dan akan berazam untuk siapakan kertas ujikaji ini untuk 40 bab.
Aku Guru Matematik
CoretanMatematik ialah matapelajran yang melibatkan pengetahuan yang menguji manusia supaya berfikir secara logik terhadap setiap masalah yang diberikan untuk penyelesaian secara konkrit ataupun abstrak. Kita sering menggunakan matematik dalam kehidupan seharian.
Oleh itu, jika kita merupakan guru Matematik, maka seharusnya kita memainkan peranan penting untuk menyampaikan maklumat dan ilmu matematik serasi dengan kehidupan pelajar supaya mereka minat terhadap matapelajaran ini.
Sebaiknya semasa mengajar pelajar didedahkan dengan perkara konkrit atau maujud. Dengan ini pelajar akan lebih mudah memahami apabila menggunakan benda yang wujud di hadapan mata.
Ini gambar Pekan Kapit 2012 yang jauh membangun berbanding 1990 |
Kapit adalah suatu daerah pendalaman yang boleh sampai dengan bot atau kapal terbang sahaja. Oleh itu pendedahan perkara yang wujud masa kini agak sukar. Misalnya kereta api atau bas pun pelajar tidak pernah melihat.
Dengan keluasan 15,595.6 km persegi dengan penduduk hampir 100,000 orang yang majoritinya Iban (Dayak Laut) dan Cina. Sangat sedikit penduduk Melayu. Islam di situ tak sampai 1%.
Matematik aadalah satu matapelajaran cabaran terutama untuk pelajar Iban. Tapi alhamdulillah aku berjaya mengatasinya dan boleh masuk dalam adat serta budaya mereka....
Subscribe to:
Posts (Atom)